Sunday 31 July 2016

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH MANJAKANI


Sejak turun-temurun, buah manjakani telah menjadi sahabat paling rapat kaum wanita kerana kebaikannya yang terbukti mampu meningkat kesihatan dalaman wanita. Secara umumnya, buah manjakani ini telah mula digunapakai sejak dulu lagi bagi merapatkan ruang faraj wanita terutama bagi wanita yang telah melahirkan anak. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan khasiat majakani seperti :
1. MEREBUS


Air rebusan manjakani boleh digunakan sebagai pembersih alat sulit wanita yang organik. Penggunaannya lebih selamat dan terbukti berkesan untuk mengelakkan gatal-gatal, bau kurang enak serta mampu merapatkan ruang faraj.

2.ULAM


Buah manjakani juga boleh dijadikan ulam dengan meletakkannya bersama-sama dengan nasi yang ditanak dan makan bersama nasi panas. Pengamalnya mampu mengekalkan bentuk badan ideal dengan mampu mengekalkan berat badan.

3. JAMU


Buah manjakani juga banyak digunakan sebagai bahan utama jamu wanita yang dikisar halus untuk dibancuh dan diminum sebagai makanan tambahan. Ia mampu memberikan tenaga kepada pengamalnya dan sekaligus memperbaiki rahim wanita untuk kembali sedia kala sebelum bersalin.

Antara vitamin yang terdapat di dalam Buah Manjakani ialah seperti Vitamin A dan C, Karbohidrat, Protein, Fiber, Mineral, Calcium, Iron, Tannins, Gllic Acids dan Antioxidants.

Beberapa kebaikan Manjakani dan khasiatnya secara umum:


1. Memberikan tenaga kepada badan


2. Membantu mengurangkan lelehan di vagina


3. Mencegahan dari kanser serviks dan payudara kerana mengandungi antioxcidant


4. Kandungan Estrigen membantu merawat keputihan dan membantu menyingkirkan bakteria


dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan


5. Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan haid


6. Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran


7. Kandungan Tannins membantu menegangkan otot-otot faraj dan menambah kekemutan.

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...