Wednesday 3 August 2016

5 CARA MENGGODA SUAMI YANG BERUBAH HATI



Di  zaman yang mencabar kini, wanita perlu sentiasa berhati-hati menjaga si sang suami kerana banyak mata-mata wanita yang sentiasa mencari peluang untuk menerkam suami kita. Tambah-tambah lagi jika suami kita itu lengkap pakej yang di idam-idamkan oleh semua wanita di luar sana seperti bergaya, bekerjaya, ekonomi  stabil dan  mempunyai banyak aset.



Oleh kerana nisbah wanita yang lebih ramai sekarang, maka ramailah wanita yang masih bujang berbanding lelaki yang masih available. Bukan available kuota ke 2, 3 dan 4 tau tetapi yang betul-betul masih bujang.

Jadi kakak-kakak yang dah ada suami penyayang tu, hati-hati tau sebab nanti penyayang sangat sampai kena share sayang ngan madu kita pula nanti. Jadi di sini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan kepada isteri-isteri yang ingin memikat kembali hati si suami  yang nampaknya mula berubah hati.

1. DIET DAN KURUSKAN BADAN



Bila kita ini sibuk menjadi isteri, ibu dan pada masa yang sama bekerjaya lagi memang mudah kita memberi alasan untuk tidak menjaga badan. Tapi bila suami dah mula menunjukkan simptom-simptom berubah hati, ini bukan lagi omong-omong kosong. Anda perlu berubah demi rumahtangga anda. Mustahil suami kita tidak perasan andai berlaku perubahan pada diri kita. Suami pon pasti akan kembali jatuh hati kalau tengok kita semakin cantik dan bergetah macam masa muda-muda dulu.

2. MENCANTIKKAN DIRI LUARAN DAN DALAMAN



Siapa la tak suka kalau isteri dia cantik kan. Maka laburkan sedikit duit anda untuk membeli produk-produk untuk mencantikkan luar dan dalaman kita. Seperti untuk kecantikan dalaman, pastinya produk JAMU SUSUK CINTA mampu memastikan  "Miss V" anda ketat dan MANTOP!! Manakala produk kecantikan pula untuk menaikkan seri wajah anda di rumah. Boleh la cuba produk-produk yang banyak di pasaran yang bersesuaian dengan kulit anda.


3. BERHIAS DAN SEKSI DI RUMAH



Isteri-isteri sering memberi alasan duduk dirumah sebagai tiket untuk berpakaian selekeh dan koyak rabak. Alasannya kerana pakaian itu selesa dan mudah jika kotor apabila melakukan kerja rumah. Sedarlah isteri-isteri semua bahawa mata-mata suami anda sentiasa memerhati sahaja penampilan anda di rumah. Tambah-tambah lagi suami dah biasa tengok wanita-wanita cantik di luar, tiba-tiba pulang kerumah isteri berpakaian seperti peminta sedekah koyak sana-sini.


4. LAYAN SUAMI SEBAGAI RAJA



Suami memang suka jika kita layan seperti raja. Maksudnya jika dia raja bukanlah kita ni hamba, tetapi raja yang penyayang. Kita suap dia makan sekali sekala, potongkan kuku dan buat urutan manja. Pasti suami rasa dimanja dan bahagia jika isteri berikan lebih perhatian kepada mereka. Lelaki ni pon sebenarnya manja dan suka dibelai walaupun secara luaran nampak kasar dan macho... hehe


5. KUALITI MASA BERSAMA SUAMI 



Masa berkualiti ini tidak semestinya pergi melancong, bercuti atau lakukan aktiviti-aktiviti bersama tetapi cukuplah sekarang baring di atas katil dan berkongsi-kongsi cerita tanpa gangguan anak-anak. Anda pasti akan dapat rasakan kehangatan rumahtangga kembali seperti di awal perkahwinan. Suami akan dapat rasakan bahawa iaterinya lah teman rapatnya jika isteri sentiasa jadi pendengar setia kepada masalahnya mahupun cerita-cerita rancangan masa depannya.

Suami yang pada asalnya berubah hati, pasti akan kembali terpaut hati dengan anda kerana anda layan dia lebih baik daripada wanita di luar sana, Saya doakan isteri-isteri di luar sana lebih SABAR jika anda mennghadapi situasi suami berubah hati.

Semak balik kelemahan diri kita dan perbaiki perlahan-lahan seperti tips di atas ini, insyaallah jika suami masih sayangkan kita dan anak-anak, dia pasti jadi milik kita kembali.



Kredit kepada https://siraplimau.com/cara-menggoda-suami-tips-teknik/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...